KUANTAN, 15 JUN: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara dengan catatan 10.43 saat (s) pada final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024, di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.